Tanda
Aku bermimpi sesuatu yang buruk. Akutidak begitu memikirkan mimpi tersebut, tetapi aku tertanya-tanya bagaimana akumendapat keberanian untuk bermimpi tentang perkara-perkara mengerikan, sedangkanaku sendiri adalah seorang rakyat yang pendiam dan dihormati, seorang anak yang taat pada ibu negara kita yang tercinta, Serbia yang menderita, seperti semua anak-anaknya yang lain. Sudah tentu, engkau tahu, jika aku terkecuali dalam apa-apa pun, itu pastinya berbeza, tetapi tidak, sahabatku, aku melakukan perkara yang sama seperti orang lain, dan untuk berhati-hati dalam segala perkara, tidak ada yang dapat menandingiku di sana. Sebaik sahaja aku melihat butang berkilat dari pakaianseragam anggota polis yang terbaring di atas jalan, dan aku menatap cahaya magisnya, hampir pada titikuntuk berlalu pergi, penuh dengan kenangan manis, ketika tiba-tiba, tangan aku mula ketar dan mengangkat tabik; kepalaku tertunduk ke bumi, dan mulutkumelebarkan senyuman indah sepertiyang kita semua pakaikan ketika menyapa orang atasan kita.
– Darah mulia mengalir di dalam uratku–itulah ia! – Inilah yang aku fikirkan ketika itu dan aku melihat dengan jijik pada orang yang kasar yang memijak butang itu dengan cuainya.
– Kejam! – Aku berkata dengan pahitnya, dan meludah, dan kemudian diam berjalan, terhibur dengan pemikiran bahawa orang kurang ajar seperti itu hanya sedikit; dan aku sangat gembira kerana Tuhan telah memberi aku hati yang lembut dan darah nenek moyang kita yang mulia dan satria.
Lihat, kini engkau dapat melihat sekarang betapa hebatnya aku, tidak sama sekali berbeza dengan rakyat kehormat yang lain, dan engkau pasti akan tertanya-tanya bagaimana perkara-perkara mengerikan dan bodoh itu dapat terjadi dalam mimpi-mimpiku.
Tiada perkara luar biasa berlaku padaku pada hari itu. Aku makan malam dengan baik dan selepas itu duduk mencungkil gigi dengan lapang dada; aku menghirup arak, dan kemudian, setelah menggunakan hak akusebagai rakyatdengan berani dan berhati-hati, aku masuktidur dan mengambil buku bersamaku agar dapat tidur dengan lebih cepat.
Buku itu segera terlepas dari tanganku,sudah pasti, setelah memenuhi keinginanku dan, segala tugas yang telah aku lakukan, aku tertidur lena seperti bayi.
Sekaligus aku mendapati diriku berada di jalan yang sempit dan berlumpur yang merentasi pergunungan. Malam yang sejuk dan hitam. Angin menderu di antara dahan-dahan yang tandus dan memotong seperti pencukur setiap kali ia menyentuh kulit. Langit itu hitam, bisu, dan mengancam, dan salji, seperti debu, meniup ke dalam mataku dan memukul wajahku. Tidak ada seorang pun di mana-mana. Aku tergesa-gesa dan sekali-sekala tergelincir di atas jalan berlumpur ke kiri, ke kanan. Aku goyah lalu jatuh dan akhirnya tersesat, akuteruskanmengembara –hanya Tuhan tahu di mana – dan ini bukan malam yang singkat dan biasa, tetapi sepanjang satu abad, dan aku berjalan sepanjang masa tanpa mengetahui di mana.
Oleh itu, aku berjalan selama bertahun-tahun dan sampai ke suatu tempat, jauh, jauh dari negara asalku ke bahagian dunia yang tidak dikenali, ke tanah aneh yang mungkin tiadasiapa yang tahu dan yang, aku pasti, hanya dapat dilihat dalam mimpi.
Berjalan di tanah ituakusampai ke sebuah bandar besar di mana banyak orang tinggal. Di pasar yang besar ini terdapat sekerumunan besar, bunyi yang mengerikan sedang berlaku, cukup untuk memecahkan gegendang telinga seseorang. Aku duduk di sebuah rumah inapyang menghadap pasar tersebut dan bertanya kepada tuan tanah mengapa begitu ramai orang berkumpul…
– Kami adalah orang yang pendiam dan dihormati, – dia memulakan ceritanya, – kami setia dan taat kepada hakim.
– Adakah hakimketua tertinggi engkau? – Aku bertanya, menyapa dia.
– Hakim itu memerintah di sini dan dia adalah ketua tertinggi kami; polis merangkap seterusnya.
Aku ketawa.
– Mengapa engkau ketawa? … Tidakkah engkau tahu? … Dari manakah engkau datang?
Aku memberitahunya bagaimana aku tersesat, dan bahawa akudatang dari negeri yang jauh – Serbia.
– Aku pernah mendengar tentang negara yang terkenal itu! – bisik tuan tanah kepada dirinya sendiri, memandangku dengan hormat, dan kemudian dia bercakap dengan kuat:
– Itulah cara kami, – dia teruskan, – hakim itumemerintah di sini bersama polis-polisnya.
– Bagaimana rupa polis-polis engkau?
– Sebenarnya, ada pelbagai jenis polis – mereka berbeza, mengikut pangkat mereka. Ada yang lebih dihormati dan ada juga kurang dihormati … Kami, yang engkautahu, orang yang pendiam dan dihormati, tetapi semua jenis gelandangan datang dari kawasan bersebelahan, mereka merosakkan kami dan mengajar kami perkara-perkara jahat. Untuk membezakan setiap rakyatkami dengan orang lain, hakim telah memerintahkan semalam bahawa semua rakyat kami harus pergi ke Mahkamah tempatan, di mana setiap dari kami akan ditandakan di bahagian dahi. Inilah sebabnya mengapa begitu ramai orang berkumpul: untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang apa yang harus dilakukan.
Aku menggigil dan berfikir bahawa aku harus lari dari tanah aneh ini secepat yang akumampu, kerana aku, walaupun seorang Serbia, tidak biasa dengan semangat kesatriaan yang dipamerkan, dan aku sedikit pun tidak senang hati dengannya!
Tuan tanah ketawa dengan ramah, menepuk bahuku, dan berkata dengan bangga:
– Ah, orang asing, apakah ini cukup untuk menakutkan engkau? Tidak hairanlah, engkau harus pergi jauh untuk mencari keberanian seperti kami!
– Dan apa yang engkau bermaksud untuk lakukan? – Aku bertanya dengan takut.
– Soalan yang baik! Engkau akan melihat betapa beraninya kami. Engkauharus melalui jalan yang panjang untuk mencari keberanian seperti kami, itu yang dapatku katakan. Engkau telah mengembara jauh dan melihat dunia, tetapi aku pasti engkau tidak pernah melihat perwira-perwira yang lebih hebat daripada kami. Mari kita ke sana bersama. Akuharus segera.
Kami hampir hendak pergi ketika kami terdengar, di hadapan pintu, libasan penyebat.
Akumengintai: ada pemandangan yang harus dilihat – seorang lelaki dengan topi seragam bersinar di atas kepalanya, mengenakan sepasang pakaiankemas, sedang membonceng di belakang lelaki lain yangberpakaiandengan pakaian yang sangat kaya dengan potongan biasa dan awam. Dia berhenti di hadapan rumah inapini dan penunggang itu turun.
Tuan tanah pun keluar, tunduk ke tanah, dan lelaki yang mengenakan pakaiankemas itu masuk ke rumah inapinilalu ke sebuah meja yang dihiaskhas. Orang yang berpakaian awam itukekal di hadapan rumah inapini dan menunggu. Tuan tanah tunduk rendah padanya juga.
– Apa semua ini? – Aku bertanya kepada tuan tanah, sangat bingung.
– Sebenarnya, orang yang masuk ke dalam rumah inap ini adalah polis berpangkat tinggi, dan lelaki ini adalah salah satu rakyat kami yang paling terkenal, sangat kaya, dan patriot yang hebat, – bisik tuan tanah.
– Tetapi mengapa dia membiarkan orang lain itu naik di belakangnya?
Tuan tanah menggeleng kepalanya ke arahku dan kami bergerak ke tepi. Dia memberi aku senyuman dalam cemuhan dan berkata:
– Kami menganggapnya sebagai suatu kehormatan yang sangat jarang dilakukan! – Dia memberitahuku banyak perkara selain itu, tetapi aku sangat gembira sehingga aku tidak dapat menunjukkannya. Tetapi aku mendengar dengan jelas apa yang dia katakan pada akhirnya: – Ini adalah layanan untuk suatu negara yang mana semua negara lain masih belum belajar untuk hargai!
–
Kami datang ke perjumpaan dan pemilihan ketua telah sedang berlangsung.
Kumpulan pertama menamakan seorang lelaki yang dipanggil Kolb, jika aku ingat namanya dengan betul, sebagai calon mereka untuk ketua; kumpulan kedua mahukan Talb, dan kumpulan ketiga mempunyai calon mereka sendiri.
Terdapat kekeliruan yang menakutkan; setiap kumpulan mahu menaikkan orang mereka masing-masing.
– Aku berpendapat bahawa kita tidak mempunyai lelaki yang lebih baik daripada Kolb untuk mengetuaisuatu perjumpaan yang sebegitu penting, – kata suara dari kumpulan pertama, – kerana kita semua tahu dengan baik kebaikannya sebagai rakyat dan keberaniannya yang mendalam. Aku rasa tidak ada orang di antara kita di sini yang boleh dibanggakan yang sering ditunggang oleh orang-orang yang sangat penting…
– Siapa engkau untuk membincangkannya, – jerit seseorang dari kumpulan kedua. – Engkau tidak pernah ditunggang oleh kerani polis bawahan!
– Kami tahu apa kebaikan engkau, – jerit seseorang dari kumpulan ketiga. – Engkau tidak akan pernah merasai satu serangan pelibas tanpa melolong!
– Mari kita betulkan keadaan ini, saudara! – mula Kolb. – Memang benar bahawa orang-orang ternama menunggang aku seawal sepuluh tahun yang lalu; mereka melibasaku dan aku tidak pernah menangis, tetapi mungkin ada yang lebih layak di antara kita. Mungkin ada yang lebih muda yang lebih baik.
– Tidak, tidak, – teriak penyokongnya.
– Kami tidak mahu mendengar mengenai penghormatan ketinggalan zaman! Sudah sepuluh tahun sejak Kolb ditunggangi, – jerit suara dari kumpulan kedua.
– Darah muda mula mengambil alih, biarkan anjing tua mengunyah tulang lama, – kata beberapa dari kumpulan ketiga.
Tiba-tiba tidak ada lagi bunyi; orang ramai bergerak ke belakang, kiri dan kanan, untuk membuka jalan dan aku melihat seorang pemuda berusia sekitar tiga puluh tahun. Ketika dia menghampiri, semua kepala tertunduk rendah.
– Siapa ini? – Aku berbisik kepada tuan tanahku.
– Dia adalah pemimpin yang masyhur. Seorang lelaki muda, tetapi sangat menjanjikan. Pada masa-masa awalnya, dia dapat dibanggakan dengan telah membawa hakim tersebut di belakangnya tiga kali. Dia lebih terkenal daripada orang lain.
– Mungkinkah mereka akan memilihnya? – Aku bertanya.
– Itu sudah pasti, kerana untuk semua calon lain – mereka semua lebih tua, masa telah melewati mereka, sedangkan hakim itu baru menunggang di belakangnya semalam.
– Siapa namanya?
– Kleard.
Mereka memberinya tempat terhormat.
– Akufikir, – suara Kolb memecah kesunyian, – bahawa kita tidak dapat mencari lelaki yang lebih baik untuk kedudukan ini melainkan Kleard. Dia masih muda, tetapi tidak ada di antara kita yang lebih tua yang setaraf dengannya.
– Dengarkanlah, dengarkanlah! … Hidup Kleard! … – semua suara berkumandang.
Kolb dan Talb membawanya ke tempat ketua. Semua orang menunduksedalamnya, dan terdiam membisu.
– Terima kasih, saudara-saudara, atas penghormatan kalian yang tinggi dan penghormatan ini yang telah sebulat suara kalian berikan kepadaku. Harapan kalian, yang ada padaku sekarang, terlalu menyanjung. Bukan mudah untuk mengarahkan harapan negara melalui hari-hari yang amat penting, tetapi aku akan melakukan segala yang termampu untuk mengiyakan kepercayaan kalian, untuk mewakili pendapat kalian dengan jujur, dan untuk berhak mendapatkan penghormatan kalian kepadaku. Terima kasih, saudara-saudaraku, kerana memilihku.
– Hore! Hore! Hore! – pengundi bersorak dari semua sudut.
– Dan sekarang, saudara-saudara, aku harap kalian mengizinkanku untuk mengatakan beberapa patah kata mengenai peristiwa penting ini. Tidak mudah untuk menderita kepedihan ini, penderitaan seperti yang ada untuk kita; tidak mudah untuk meletakkan tanda pada dahi seseorang dengan besi panas. Memang, tidak – ianya adalah kesakitan yang tidak dapat ditanggung oleh semua lelaki. Biarkan pengecut menggigil, biarkan mereka mundur dengan ketakutan, tetapi kita tidak boleh lupa sesaat pun bahawa kita adalah anak lelaki nenek moyang yang berani, bahawa darah mulia mengalir dalam urat kita, darah kepahlawanan datuk kita, satria hebat yang mati tanpa mengedipkan kelopak mata untuk kebebasan dan untuk kebaikan kita semua, keturunan mereka. Penderitaan kita sedikit, jika kalian memikirkan penderitaan mereka – adakah kita akan berperangai seperti anggota keturunan yang lemah dan pengecut yang mana kini kita hidup lebih baik dari sebelumnya? Setiap patriot sejati, setiap orang yang tidak mahu memalukan bangsa kita di hadapan seluruh dunia, akan menanggung keperitan seperti seorang lelaki dan pahlawan.
– Dengarkanlah! Dengarkanlah! Hidup Kleard!
Terdapat beberapa pembicara yang bersungguh selepas Kleard; mereka member semangat apda orang-orang yang ketakutan dan mengulangi lebih kurang apa yang dikatakan oleh Kleard.
Kemudian seorang lelaki tua yang pucat, dengan wajah berkedut, rambut dan janggutnya seputih salji, meminta untuk berbicara. Lututnya bergetar seiring bertambahnya usia, tangannya menggeletar, belakangnya bengkok. Suaranya bergetar, matanya cerah dengan air mata.
– Anak-anak, – dia membuka bicara, dengan air mata mengalir di pipi putihnya yang berkedut lalu jatuh di janggutnya yang putih, – Aku sengsara dan aku akan mati tidak lama lagi, tetapi nampaknya kalian lebih baik tidak membiarkan rasa malu itu datang kepada kalian. Aku berumur seratus tahun, dan aku telah menjalani sepanjang hidupku tanpanya!… Mengapa penandaan hamba mesti diletakkan di kepalaku yang putih dan letihkini?…
– Halau sahaja orang tua tak guna itu! – jerit si ketua.
– Halau dia! – yang lain menjerit.
– Orang tua pengecut!
– Sepatutnya memberi semangat kepada orang muda, dia menakutkan semua orang pula!
– Dia harus malu dengan ubannya! Dia sudah cukup lama hidup, dan dia masih boleh takut – kita yang masih muda adalah lebih berani…
– Halau sahaja si pengecut!
– Buang dia!
– Halau dia!
Kumpulan orang-orang patriotik yang marah dan berani menyerang lelaki tua itu dan mula menolak, menarik, dan menendangnya dengan marah.
Mereka akhirnya membiarkannya pergi kerana usianya – jika tidak, mereka pasti akan merejamnya hidup-hidup.
Mereka semua berjanji akan berani esok dan menunjukkan diri mereka layak ke atas penghormatan dan kemuliaan negara mereka.
Orang ramai bersurai dari perjumpaan dengan teratur. Semasa bersurai mereka berkata:
– Esok kita akan melihat siapa masing-masing sebenarnya!
– Esok, kita akan menyusunatur mereka yang berlagak!
– Masanya telah tiba untuk yang layak membezakan diri mereka dari yang tidak layak, sehingga setiap yang tidak guna itu tidak akan dapat membanggakan diri dengan hati yang berani!
–
Aku kembali ke rumah inap.
– Sudahkah engkau melihat bagaimananya kami? – tuan tanahku bertanya dengan bangga.
– Semestinya sudah, – Aku menjawab secara automatik, merasakan bahawa kekuatanku telah meninggalkanku dan kepalaku berdengung dengan kesan yang aneh.
Pada hari itu juga aku membaca di akhbar mereka sebuah artikel terkemuka yang berbunyi seperti berikut:
– Wahai rakyat, sudah tiba masanya untuk menghentikan lagak dan sombong di antara kita; sudah tiba masanya untuk berhenti menghargai kata-kata kosong yang kita gunakan dengan banyak untuk memperlihatkan kebaikan dan padang pasir khayalan kita. Sudah tiba masanya, rakyat, untuk menguji kata-kata kita dan menunjukkan siapa yang benar-benar layak dan siapa yang tidak! Tetapi kami percaya bahawa tidak ada pengecut yang memalukan di antara kita yang harus dibawa secara paksa ke tempat penandaan yang ditetapkan. Setiap dari kita yang merasakan di dalam uratnya setitik darah mulia nenek moyang kita akan berjuang untuk menjadi antara yang pertama menanggung kesakitan dan penderitaan, dengan bangga dan tenang, kerana ini adalah sakit yang suci, itu adalah pengorbanan demi kebaikan negara kita dan untuk kesejahteraan kita semua. Maju ke hadapan, rakyat, kerana esok adalah hari ujian yang mulia!…
–
Tuan tanahku tidur sejurus selepas perjumpaan pada hari itu untuk sampai seawal mungkin ke tempat yang ditentukan pada keesokan harinya. Namun, ramai yang telah pergi terus ke Dewan Bandaraya untuk berada sedekat mungkin dengan kepala barisan.
Keesokan harinya aku juga pergi ke Dewan Bandaraya itu. Semua orang berada di sana – muda dan tua, lelaki dan wanita. Sebilangan ibu membawa bayi kecil mereka di dalam pelukan mereka sehingga mereka dapat dicap dengan tanda hamba, iaitu sebagai penghormatan, dan dengan itu memperoleh hak yang lebih baik untuk jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
Terdapat desakan dan sumpah-menyumpah (keadaan ini mereka agak seperti kami orang Serbia, dan akuentah bagaimanagembira kerananya), dan semua orang berusaha untuk menjadi yang pertama di pintu. Ada juga yang sanggup mencekik yang lain.
Tanda dikenakan oleh pegawai khas negeri berbaju putih dan formal yang sedikit kecewa dengan orang ramai tersebut:
– Jangan bersenandung, demi Tuhan, giliran semua orang akan tiba – kalian bukan haiwan, aku rasa kita boleh mengurus tanpa bertolakkan.
Penandaan bermula. Seorang menjerit, yang lain hanya mengerang, tetapi tidak ada yang dapat menahannya tanpa suara sepanjang aku berada di sana.
Aku tidak tahan lagi menyaksikan penyeksaan ini dengan lebih lama, jadi aku kembali ke rumah inap, tetapi ada di antara mereka yang sudah berada di sana, sedang makan dan minum.
– Sudah tamat! – kata salah seorang daripada mereka.
– Sebenarnya, kita tidaklah betul-betul menjerit, tetapi Talb meringkik seperti keldai!… – kata yang lain.
– Kalianlihatkeadaan Talb kalian tu, dan kalian ingin menjadikannya sebagai ketua perjumpaan semalam.
– Ah, engkau tidak akan pernah tahu!
Mereka bercakap, mengerang dalam kesakitan dan menggeliat, tetapi berusaha untuk menyembunyikannya dari satu sama lain, kerana masing-masing malu untuk dianggap pengecut.
Kleard memalukan dirinya sendiri, kerana dia mengerang, dan seorang lelaki bernama Lear adalah seorang pahlawan kerana dia meminta agar dua tandaditekapkan di dahinya dan tidak akan mengeluarkan suara kesakitan. Semua bandar bercakap dengan hormat hanya tentang dia.
Beberapa orang melarikan diri, tetapi mereka dibenci oleh semua orang.
Selepas beberapa hari, si dia dengan dua jenama di dahinya berjalan dengan kepala dongak tinggi, dengan martabat dan harga diri, penuh dengan kemuliaan dan kebanggaan, dan ke mana sahaja dia pergi, semua orang menunduk dan menangkat topinya untuk memberi salam kepada pahlawan hari ini itu.
Lelaki, wanita, dan anak-anak kecil berlari mengejarnya di jalan raya untuk melihat lelaki terhebat di negara ini. Ke mana sahaja dia pergi, bisikan yang terinspirasi dengan kagum mengikutinya: ‘Lear, Lear!… Itu dia!… Itulah pahlawan yang tidak melolong, yang tidak mengeluarkan suara sedangkan dua tandaditekap di dahinya!’ Dia menjadi tajuk utama di surat khabar, dipuji dan dimuliakan.
Dan dia berhak disayangi oleh orang ramai.
–
Di seluruh tempat aku mendengarkan pujian seperti itu, dan aku mula merasakan darah Serbia usang dan mulia mengalir dalam urat aku, Nenek moyang kita adalah pahlawan, mereka mati dipijak demimendapatkan kebebasan; kita juga mempunyai masa lampau yang gagah dan Kosovo kita. Aku ghairah dengan rasa bangga dan kesombongan negara, ingin menunjukkan betapa beraninya keturunanku dan bergegas ke Dewan Bandaraya dan menjerit:
– Mengapa kalian memuji Lear kalian? … Kalian tidak pernah melihat pahlawan sejati! Datang dan lihat sendiri bagaimana darah Serbia yang mulia! Tekapkan sepuluh tanda di kepalaku, bukan sekadar dua!
Penjawat awam berbaju putih itu membawa capnya dekat dengan dahiku, dan akupun mula… Aku terbangun dari mimpiku.
Aku mengusap dahiku dalam ketakutan dan menyilangkan diri, berfikirtentang perkara-perkara aneh yang muncul dalam mimpi itu.
– Aku hampir membayangi kegemilangan Lear mereka, – Aku berfikir dan, puas, berpaling, dan aku entah bagaimana menyesal kerana impianku belum berakhir.
Di Belgrade, 1899
Untuk Projek “Radoje Domanović” yang diterjemahkan oleh Wan Nurul Nabila Wan Mansor, 2020